Tuesday 10 April 2012

Zakat: Bersihkan Diri dengan Rukun Islam ke-4 [Part 2]

Assalamualaikum.

Entri sebelum ini telah diterangkan apa itu yang dimaksudkan dan didefinisikan sebagai zakat, InsysAllah kali ini akan membincangkan jenis zakat dan kiraannya. Terdapat beberapa jenis zakat yang telah disyariatkan di dalam Islam iaitu :

  1. Zakat Fitrah
  2. Zakat Harta
Zakat Fitrah

Zakat yang diwajbkan keatas setiap individu, lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar : 1 gantang Baghdad = 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad)

Waktu :
  • Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Afdhal : Sebelum solat sunat hari raya.
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Zakat Harta

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Kadar : 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud 2.5% dari segala harta benda kita bukanlah hak kita tetapi hak 8 golongan asnaf yang telah ditentukan.

Waktu : Pada bila-bila masa.

Jenis-jenis Zakat Harta :
  1. Zakat Perniagaan
  2. Zakat Wang Simpanan
  3. Zakat Saham
  4. Zakat Pendapatan
  5. Zakat Ternakan
  6. Zakat Emas & Perak
  7. Zakat Pertanian
Zakat perniagaan

Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan Persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

Kadar/Kiraan : [ (Aset semasa - Tanggungan semasa ) Pelarasan x % Pemilikan Saham orang Islam x Kadar Zakat (2.5%)]

Zakat Wang Simpanan

Zakat yang dikeluarkan oleh pengdeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya samada di dalm akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain dalam bentuk simpanan.

Kadar/Kiraan : (Baki simpanan - Keuntungan Bank) x 2.5%, Contoh: Baki Simpanan RM 9115.00, diandaikan Nisab Zakat RM 3323.50. Jumlah Zakat = (RM 9115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00

Zakat Saham

Zakat yang dikeluarka keatas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisabnya.

Kadar/Kiraan : 2.5% nilai terendah saham-saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham.

Zakat Pendapatan

Imbuhan atau perolehan oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri, sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

Kadar/Kiraan :
Kaedah 1 : Pendapatan Kasar x 2.5%
Kaedah 2 : (Pendapatan bersih - Perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%

Zakat Ternakan

Zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat antaranya kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan atau sebagainya.

Kadar/Kiraan :

LEMBU/KERBAU
BilanganJumlah Zakat / Jantina
30-39 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
40-59 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
60-69 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
70-79 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
dan 2 ekor berumur 2 tahun / Betina
80-89 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
90-99 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
100-109 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
110-119 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
120 Ekor keatas3 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
KAMBING
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
BIRI - BIRI
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Zakat Emas dan Perak

Emas dan Perak adalah jenis galian yang diwajibkan zakat. Ini kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Kadar/Kiraan :
Nisab Zakat Emas yang dipakai = 200gm
Nisab Zakat Emas yang tidak dipakai = 85gm

Zakat Pertanian

Zakat yang dikenakan keatas makanan asasi yang mengenyangkan keatas sesebuah negeri yang telah cukup 363 gantang / 1300 Kg padi, gamdum, biji-bijian dan sebagainya.

Kadar/Kiraan:

Kaedah 1 : Biji-bijian dan buah-buahan yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang dan jentera atau menggunakan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakat nya ialah 10% atau 1/10.

Kaedah 2 : Bijian atau buah-buahan yang hanya bergantung pada air hujan, maka kadar zakatnya hanya 5% atau 1/20.

Kaedah 3 : Bijian atau buah-buahan yang bergantung kedua-dua kaedah diatas maka zakatnya 7%.

No comments:

Post a Comment