Tajuk Buku : Suci Dalam Debu
Penulis : Ustaz Mohd Isa Selamat
Tahun diterbitkan : 1994
No rujukan (Library UniSZA) : BP 88. M37 S91
Ringkasan :
Buku ini berkisarkan realiti kehidupan, ujian, masalah-masalah sosial, motivasi dan sebagainya. Ianya sesuai dibaca oleh remaja.
Buku Online -> Berikutan kemajuan teknologi, pihak kami terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu daripada pembacaan kepada masyarakat umum. Bak kata-kata seorang rakan ; "Ilmu itu tidak seharusnya berlegar dikalangan pelajar & berpendidikan shj". Begitu juga, "Kekayaan tidak seharusnya berlegar dikalangan orang kaya shj". Buku Online ini hanyalah mengambil serpihan kecil kata-kata motivasi, nasihat, kisah & sebagainya, dari buku yang dirujuk. Idea ini tercetus dari pemerhatian masyarakat masa kini yang lebih suka melayari internet daripada membaca buku. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, kita tinggalkan. Semoga ianya bermanfaat. 1st entry.
Nasihat Ali Thonthawi kepada Puterinya [ms 163-174]
“Katakanlah kepada orang laki-laki beriman,
hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya; yang demikian
itu lebih suci daripada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka lakukan.”
“Katakanlah kepada wanita beriman,
hendaklah mereka menahan pandangan, memelihara kemaluan dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan, kecuali apa yang sudah biasa nampak. Hendaklah mereka menutup kain jilbab sampai ke dada, jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami, ayah, ayah suami, putera-putera
mereka atau putera-putera suami, adik beradik lelaki, anak-anak saudara lelaki
atau anak-anak saudara perempuan wanita-wanita Islam budak-budak yang mereka
miliki, pelayan laki-laki yang tidak mempunyai syahwat (keinginan terhadap
wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka
memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.” (surah An-Nur, Ayat 30-31)
Puteriku tercinta! Aku seorang tua yang
telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan
khayalan.
Aku juga telah mengunjungi banyak negeri
dan berjumpa dengan banyak orang. Aku juga telah merasa pahit getir dunia. Oleh
kerana itu dengarlah nasihat-nasihatku yang benar lagi jelas, berdasarkan
pengalaman-pengalamanku. Di mana engkau belum pernah mendengar dari orang lain.
Kami telah menulis dan mengajak kepada
perbaikkan moral, menghapus kerosakan, dan mengekang hawa nafsu, sehingga pena
tumpul dan mulut letih dan kami tidak menghasilkan apa-apa. Tidak ada
kemungkaran yang dapat kami banteras, bahkan bertambah, kerosakkan
bermaharajalela, pakaian terdedah dan merangsang nafsu dan semakin meluas pula.
Berkembang dari satu negeri ke satu negeri yang lain, sehingga tidak ada satu
negeri Islam pun menurut dugaanku terhindar dari wabak itu. Negeri-negri Syam
(Syria, Jordan, Labenon, Palestin) sendiri yang dulu benar-benar bersih,
menutup aurat, sangat menjaga kehoramatan wanitanya, kini para wanita itu
keluar dengan pakaian merangsang, terbuka bahagian lengan dan lehernya.
Kami belum berhasil, kami kira tidak akan
berhasil. Tahukah engkau kenapa?
Kerana sampai hari ini, kami belum
menemukan cara untuk memperbaiki, kami belum tahu jalannya. Sesungguhnya jalan
kebaikan itu ada di depanmu puteriku! Kuncinya berada di tanganmu. Bila engkau
percaya kunci itu ada, lalu engkau menggunakannya untuk masuk, maka keadaan
akan baik. Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong
dosa, wanita tidak akan pernah memulainya. Tetapi bila engkau tidak setuju,
laki-laki itu tidak akan berani, andaikan bukan lantaran lemah gemalaimu,
lelaki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, dia yang
masuk, kau katakan pada si pencuri itu: “Silakan……” ketika ia telah mencuri,
tetapi engkau berteriak: “Pencuri! Tolong…. Tolong! Aku kecurian.”
Bila engkau mengerti bahawa semua lelaki
serigala, dan engkau adalah kambing ternakkan nescaya kau akan lari dari
mereka, sebagaimana kambing ternakkan lari dari serigala. Kalau kau sedar
mereka pencuri, engkau pun akan berhati-hati sebagaimana seorang kedekut takut
kecurian.
Bila serigala hanya menginginkan daging
kambing sahaja, maka sesuatu yang diharapkan lelaki dari engkau lebih mulia
dari daging kambing itu. Kematian lebih baik dari kehilangan. Lelaki itu
mengharapkan sesuatu yang paling mahal bagimu, iaitu kehormatan yang menjadi
kebanggaan, kemuliaan dan dengan itu pula engkau hidup bersamanya. Hidup wanita
yang kehormatannya telah terenggut oleh lelaki, 100x lebih pahit daripada
kematian seekor kambing ternakkan yang diterkam serigala.
Ya demi Allah……., dalam hayalan seorang pemuda takkan melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.
Ya demi Allah……., dalam hayalan seorang pemuda takkan melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.
Demi Allah, begitulah. Ya kami bersumpah yang kali kedua kalinya, kepadamu. Jangan kamu percaya apa yang diperkatakan lelaki, bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak & budi bahasanya. Ia akan berbicara sebagai seorang sahabat, ia akan mencintainya bagai seorang kawan. Demi Allah, ia telah bohong! Bila engkau dengan pembicaraan diantara anak-anak muda dalam kesepian mereka, engkau akan mendengar sesuatu yang mengerikan, senyuman yang diberikan pemuda kepadamu kehalusan budi bahasa dan perhatian semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan untuk mencapai tujuannya, atau paling tidak, pemuda itu sendiri merasa bahawa itu adalah rayuan.
Setelah itu, apa yang terjadi? Apa, wahai puteriku? Cuba kau fikirkan!
Kamu berdua sesat dalam kenikmatan kemudian
engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan
akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan terus mencari mangsa lain untuk
diterkam kehormatannya dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan dalam
perut. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng. Masyarakat yang zalim dapat
mengampuni pemuda itu, dengan mengatakan : Ia anak muda yang sesat lalu bertaubat.
Tetapi engkau selamanya hidupmu tetap berkubang kehinaan & keaiban,
masyarakat tidak mengampuni selamanya.
Bila engkau bertemu dengan pemuda, kau busungkan dadamu, kau palingkan muka, kau tunjukkan keperibadian & menghindar …… Dan kalau penganggumu itu belum mengindahkan, sampai berbuat lancing dengan perkataan atau tangannya nakal, kau lepaskan sepatu dari kakimu lalu engkau lemparkankan ke kepalanya, bila semua ini kau lakukan, maka semua orang di jalan akan membelamu. Setelah itu anak-anak nakal tidak menganggu gadis-gadis lagi. Bila anak itu datang kepadamu minta ampun tidak akan mengulangi perbuatannya lagi, mengharapkan hubungan yang baik maka kedatangannya itu dalam rangka melamarmu.
Wanita, bagaimanapun juga status social, kekayaan, populariti & prestasinya tidak akan mendapatkan sesuatu yang sangat diangan-angankan, dan kebahagian, kecuali dalam perkahwinan. Menjadi isteri yang baik, seorang ibu terhormat dan ibu dalam rumah tangga. Baik wanita itu seorang ratu, puteri raja atau seorang bintang holliwood terkenal yang penuh dengan kegemerlapan dan mempersona kebanyakkan wanita. Aku mengenal dua saterawati besar di Mesir dan Syiria, benar-benar sasterawati. Mereka telah meraih anugerah tertinggi karya sastera dan kekayaan. Akan tetapi mereka kehilangan suami, lantas akal pun hilang dan mereka menjadi gila. Tidak perlu disebut nama mereka itu kerana namanya memang telah begitu terkenal.
Cita-cita wanita paling tinggi adalah
perkahwinan, walaupun ia seorang anggota parlimen, pemegang kekuasaan. Takkan
ada seorang pun mahu mengahwini wanita pelacur. Seorang yang bermaksud wanita
baik pun, kalau ia ternyata sesat, orang itu akan pergi meninggalkannya. Kalau
mahu kahwin, ia akan memilih wanita lain yang baik kerana ia tidak rela bila
ibu dalam rumah tangga dan ibu-ibu kepada putera puterinya adalah wanita yang
tidak bermoral.
Seorang lelaki, sekali pun fasik, bila di tempat kelazatan tidak menemukan wanita yang mahu mengorbankan kehormatannya di bawah telapak kakinya dan sesuka hati mahu dijadikan bahan mainan, bila lelaki itu sudah tidak mendapatkan perempuan lengah yang mahu diajak kahwin menurut agama iblis dan seperti kucing di bulan februari, lelaki itu akan mencari isteri menurut cara islam. Krisis perkahwinan disebabkan kaum wanita! Kalau tidak kerana wanita fasik, krisis perkahwinan tidak akan terjadi, dan kesempatan membuat maksiat tidak akan meluas. Lalau kenapa kalian tidak sedar? Dan kenapa wanita-wanita mulia tidak berusaha membanteras malapetaka ini? Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu, kerana kalaia lebih mengerti bahasa wanita dan cara menyerdarkan wanita, dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakkan ini adalah kalian, para wanita terpelihara, mulia, wanita yang terjaga dan beragama.
Pada setiap rumah di Syria terdapat
gadis-gadis berusia cukup untuk kahwin tetapi gagal mendapatkan suami. Hal ini
disebabkan para pemudanya sudah mendapatkan kekasih dan tidak perlu pada
isteri. Barangkali keadaan serupa terjadi di negeri lain, maka bentuklah Jemaah-jemaah
dari kalian baik sasterawati, wanita berpendidikan, guru-guru sekolah dan para
mahasiswi untuk mengembalikan saudari-saudari kalian yang tersesat menuju
kebenaran.
Ajaklah mereka bertakwa kepada Allah. Bila meraka tidak mahu bertakwa, peringatilah akan terjangkitnya suatu penyakit. Bila mereka masih tidak turut, jelaskanlah dengan melihat kenyataan. Katakanlah kepada mereka: Kalian adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu banyak pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekeliling kalian. Akan tetapi apakah keremajaan dan kecantikan itu akan kekal? Benda apakan di dunia ini yang bersifat kekal sehingga keremajaan pesona? Bagaimana kelanjutannya bila kalian sudah menjadi nenek-nenek dengan punggung bungkok dan wajah berkeripot? Saat itu siapakan yang akan simpati? Tahukan kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek?...meraka adalah anak dan para cucunya. Saat itulah nenek itu menjadi seorang ratu di tengah rakyatnya. Duduk di atas singgahsana dengan memakai mahkota. Tetapi nenek yang lain, yang masih bersuami itu?
Kalian sendiri lebih tahu apa yang terjadi dengan nenek itu. Apakah kelazatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara. Dan nasihat-nasihat serupa, kalian para wanita, tidak memerlukan petunjuk orang lain dan tidak kehabisan cara untuk memberi nasihat saudari-saudari kalian yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita baik-baik, gadis gadis yang sedang mekar. Agar mereka tidak menempuh jalan yang salah itu.
Aku tidak minta kalian untuk berubah secara drastik, mengembalikan wanita kini kepada keadaan yang sewajarnya dimiliki oleh wanita yang benar-benar muslimah. Tidak, kami tahu bahawa perubahan itu mustahil. Akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak. Sebagaimana kalian menerima kerosakkan. Setapak demi setapak, kalian memendekkan pakaian sedikit demi sedikit. Kalian pertipis kerubung dan sabar melaui masa yang panjang. Kaliaan lakukan perubahan ini padahal lelaki baik tidak menyedari. Majalah-majalah lucah menggalakkan masalah ini.
Orang-orang fasik riang gembira sampai akhirnya kita mencapai suatu keadaan yang tidak diredhai islam, agama nasrani tidak rela dan bahkan penyembah api yang sejarah mereka sudah kita baca di buku-buku tidak pernah melakukan hal seperti itu. Suatu keadaan yang tidak dapat diterima oleh haiwan-haiwan.
Dua ayam jantan bila sama-sama menginginkan ayam betina, saling menyerang kerana cemburu dan membela tapi dipesisir Iskandariah Mesir dan Beirut, lelaki muslim tidak merasa cemburu wanita muslimah dilihat orang-orang asing, bukan sahaja wajahnya, kedua belah tangan dan juga bukan hanya leher mereka, tetapi terlihat segala-galanya seluruh tubuh kecuali benda yang menjijikkan permandangan, bila terlihat dan lebih baik ditutup iaitu kemaluan dan buah dada.
Di kelab-kelab malam, suami-suami muslim menyuguhkan isteri-isteri mereka untuk berdangsa berangkulan dengan lelaki asing, dada bertepi dada, perut bertemu perut, bibir dan pipi, kedua tangan memeluk tubuh. Tidak seorang pon protes. Di university-universiti Islam, mahasiswa muslim duduk dengan mahasiswi muslimah dengan aurat terbuka, tidak seorang pon orang tua muslim memperduli.
Hal seumpama ini lumrah. Tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari, atau dalam waktu yang singkat melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju kejelikan walaupun jalan itu sekarang telah jauh. Orang yang tidak mahu menempuh jalan yang panjang yang hanya satu-satunya ini tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas. Wanita membuka wajah bukan bererti ia harus bergaul dengan lelaki lain. Isteri tanpa tutup wajah bukan bererti ia harus menyambut kawan suami dirumahnya atau menyalaminya bila bertemu di kereta, bertemu di jalan. Atau seorang gadis menjabat tangan kawan lelaki di universiti, berbincang-bincang berjalan seiring, belajar bersama untuk ujian dan lupa bahawa Allah menjadikan ia sebagai wanita dan lelaki satu dengan lainya dapat saling terangsang.
Baik wanita, lelaki atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu merubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus ransangan seks dari dalam jiwa mereka. Mereka yang mengalu-alukan emansipasi dan pergaulan bebas atas nama kemajuan adalah pembohong dilihat dari dua sebab : Pertama kerana semua itu mereka lakukan untuk memberikan kepuasan kepada mereka sendiri. Memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka itu dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan.
Akan tetapi, mereka tidak berani berterus-terang. Oleh kerana itu mereka bertopeng dengan kalimat yang mengagungkan yang sama sekali tidak ada ertinya, kemajuan, modenisasi, kehidupan kampus dan ungkapan-ungkapan lain yang kosong tanpa makna bagaikan gendang. Kedua mereka bohong oleh kerana mereka bermakmum kepada Eropah. Menjadikan Eropah sebagai suluh dan mereka tidak dapat memahami kebenaran kecuali berdasarkan Eropah. Kebenaran menurut mereka, bukan menentang kebatilan. Akan tetapi kebenaran adalah segala sesuatu yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York. Sekalipun berupa dansa, porno atau lucah, pergaulan bebas di universiti, buka aurat di padang dan telanjang di pantai atau kolam renang.
Di Eropah dan Amerika, seperti kita baca dan dengar dari mereka yang telah mengunjungi negeri-negeri itu, terdapat banyak keluarga yang tidak rela dan tidak mengizinkan pergaulan bebas. Di Paris banyak para ibu dan bapa yang melarang anak gadis mereka berjalan dengan seorang pemuda atau pergi bersama ke gedung-gedung bioskop atau wayang. Bahkan mereka tidak diperbolehkan menonton kecuali filem-filem yang sudah diketahui jalan ceritanya, dan mereka tahu benar bahawa dalam filem-filem itu tidak terdapat adegan yang menjolok.
Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat megurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan kegilaan seksual di dalam jiwa. Untuk menjawab soalan ini aku limpahkan pada mereka yang telah mengamalkan pergaulan bebas di sekolah-sekolah, iaitu Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar petua ulamak dan pendita.
Amerika – Apakah mereka belum membaca, bahawa ini antara problem Amerika adalah semakin meningkatnya siswi-siswi hamil? Siapa yang akan merasa bahagia bila di universiti Mesir, Syria (Malaysia, Singapura dan juga Indonesia) dan seluruh negeri-negeri Islam mengalami persoalan yang sama?
Aku tidak berbicara pada pemuda. Aku tidak ingin mereka mendengar. Aku tahu bahawa mungkin mereka menyanggah dan mentertawakanku. Kerana aku telah menghalangi mereka menikmati kelazatan yang benar mereka peroleh.
Akan tetapi aku berbicara pada kalian, putera-puteriku. Wahai puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku terhormat dan terpelihara! Ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain kecuali engkau. Oleh kerana itu jangan berikan diri kamu sebagai korban iblis. Jangan dengarkan ucapan mereka yang merayumu dengan pergaulan bebas demi kebebasan, modernisasi kemajuan dan kehidupan kampus.
Sungguh kebanyakan orang yang terlaknat itu tidak beristeri dan tidak mempunyai anak, meraka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. Sedang aku adalah seorang ayah dari empat gadis. Bila aku membela kalian, bererti aku membela puteri-puteriku sendiri. Aku ingin kalian bahagia seperti yang aku inginkan untuk puteri-puteriku.
Sesungguhnya tidak ada yang mereka kagumi selain memperkosa kehormatan gadis yang sudah rosak. Kemuliaan yang tercela tidak akan pernah kembali dan begitu juga martabat yang hilang.
Bila seorang puteri remaja telah jatuh, tidak seorang pun di antara mereka mahu mememimpin tangannya atau mengangkat dari lembah kejatuhan. Yang engkau dapati mereka saling memperebutkan kecantikan gadis itu, selama kecantikan itu masih ada. Bila sudah hilang, meraka pun pergi meninggalkan gadis tersebut. Sebagaimana anjing-anjing meninggalkan bangkai yang tidak berdaging sedikit pun.
Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarlah bahawa ditanganmulah bukan ditangan kami kaum lelaki segala kunci pintu itu diamanahkan. Andainya sudi, perbaikilah diri kalian, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.
Penaip : Exco Akademik & Exco Komunikasi