Friday 22 August 2014

PERSOALAN : UPU DALAM JURUSAN IJAZAH KEWANGAN ISLAM, UNISZA?

Assalamualaikum....

Pertama sekali, kami daripada kelab Kewangan Islam ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada adik-adik yang telah memilih dan diterima masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin, khususnya bagi mereka yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian. Sebagai perkenalan, eloklah kiranya jika kita melihat dulu sejarah penubuhan Universiti Sultan Zainal Abidin. Bak kata pepatah, "Tak kenal, maka tak tahu".

 Untuk info lebih lanjut mengenai UniSZA, bolehlah melawati websitenya disini.

Apa itu Kewangan Islam? Apa yang kami akan belajar? Apa prospek pekerjaannya? Dan sebagainya..Ya, ini antara beberapa soalan yang 'menghantui' mahasiswa/i baru.

Apa itu Kewangan Islam?
-Kewangan Islam merujuk kepada aktiviti-aktiviti kewangan seperti perbankan, kewangan, pajak gadai yang berlandaskan prinsip Syariah bagi merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan juga pendapatan. Antara subjek kursus yang akan diajar seperti usul fiqh, qawaid fiqhiyyah, fiqh muamalat, pelaburan, akaun dan sebagainya. Bagi mereka yang mengambil jurusan ini, tempoh pengajian hanyalah selama 3 tahun iaitu 6 semester biasa, 3 semester pendek.

Buku, proforma pengajaran dan Jadual kuliah?
-Usah bimbang. Kebiasaannya pada minggu pertama, para pensyarah akan memberikan sedikit 'pengenalan' mengenai subjek kursus yang anda ambil seperti jenis buku yang bakal digunakan, proforma dan sistem pemarkahan, assignment, cara berinteraksi dengan pensyarah (pergi bilik, no telefon, email dan sebagainya) dan persoalan yang berbangkit. Kebiasaannya, sistem pemarkahan yang sering digunakan ialah 50-50. Iaitu 50% dinilai daripada Carry mark (assignment, kuiz, test dan sebagainya), dan 50% lagi adalah berdasarkan Final exam.

Manakala, bagi jadual kuliah, anda boleh download di portal pelajar UniSZA disini. Segala hebahan dan aktiviti daripada pihak universiti akan dibuat disini. Step log-in portal pelajar :

Pertama sekali, masukkan nama id anda (Login) ialah 6 digit terakhir kad matrik anda. Contoh, No Matrik : MBA12033344.  Dan, kata laluan ialah no ic anda. Cth, 940723067777. Seterusnya, klik Login.


Ruangan menu portal



Yuran pengajian?
-Anggaran kasar, yuran pengajian untuk 1 semester biasa adalah sekitar RM 600 (tidak termasuk subjek INCEIF). Manakala, yuran kolej kediaman (asrama), sekitar RM 600 juga.

Boleh saya tukar jurusan lain?
-Persoalan ini, anda perlulah berjumpa sendiri dengan ketua pusat pengajian anda dan berbincang. Bagi jurusan Ijazah Kewangan Islam, anda dibawah jabatan Pusat Pengajian Kewangan & Perbankan. Sila rujuk disini.

Prospek Pekerjaan?
-Kebanyakkan ibubapa sering berfikir. "Ok, jurusan ini kerja bank".
Sebenarnya, kewangan islam itu luas skopnya. Daripada status pekerjaan para senior yang sudah graduate, ada dikalangan mereka bekerja di bank, ar-rahnu, businessman, financial consultant, dan banyak lagi.



UniSZA ini, ada group facebook tak?
-Ya, sudah semestinya. Bagi group FB Jurusan Kewangan Islam, bolehlah join group ini "BBA Islamic Finance". Manakala, group umum yang menjadi tumpuan kebanyakkan student UniSZA ialah "Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UniSZA". Bolehlah bertanya kepada para senior-senior jika ada kemuskilan dan persoalan.

Buku terpakai?
Bagi anda yang ingin membeli buku '2nd hand' dengan harga yang murah, bolehlah bertanya kepada para senior. Ini kerana, kebiasaan harga buku baru adalah tinggi iaitu sekitar RM80. Bayangkan, 1 semester anda belajar 6 subjek/mata pelajaran. Sekitar RM480 kos buku baru (anggaran kasar). Sebelum itu, anda perlulah memastikan buku terpakai yang anda beli itu, sama seperti buku yang digunakan oleh pensyarah anda.

Jika ada persoalan tambahan, bolehlah tinggalkan komen dibawah atau di dalam group facebook diatas. Sekali lagi, TAHNIAH kerana memilih dan diterima masuk ke UniSZA. Akhir kata, kami akhiri dengan nukilan kata dibawah sebagai renungan...


Islamic, Integrity and Professional