Monday 19 March 2012

Perbankan Islam: Pilihan atau Kewajipan?


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini acap kali kita dengar mengenai perbankan islam yang makin pesat membangun, sehinggakan institusi-institusi perbankan konvensional menggunakan konsep-konsep perbankan islam dalam produk mereka untuk menarik perhatian pelanggan (Islamic Window). Ramai juga dikalangan orang-orang bukan islam menggunakan produk perbankan islam, dan boleh dibuktikan sebenarnya pelanggan-pelanggan bukan islam adalah golongan majoriti yang menyimpan dan melaburkan wang mereka dalam perbankan islam. Namun kita dapat lihat mengapa sebenarnya ramai golongan islam masih ramai menggunakan produk konvensional. Sebanarnya ramai diantara kita masih keliru dengan keuntungan atau dividen yang diperolehi mereka atas hasil simpanan di institusi perbankan tersebut.

Dalam sistem perbankan islam dan konvensional terdapat beberapa perbezaan, antaranya:


  • Penggunaan interest (riba') sebagai keuntungan adalah diharamkan sama sekali di dalam islam, kerana ia adalah bukan pulangan atas usaha yang sah disisi syarak kerana sekiranya satu pihak mengalami kerugian maka satu pihak lagi tetap mendapat keuntungan dalam apa jua keadaan pun jadi berlaku ketidakadilandan dan jelas ianya riba'. Sepatutnya keuntungan diatas modal asal hendaklah bedasarkan kepada untung rugi (profit-sharing) maka jelas tiada penindasan keatas mana-mana pihak.

"......sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'"
Al-Baqarah : 275

  • Aktiviti-aktiviti perbankan islam adalah berlandaskan kontrak-kontrak perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam seperti:

- Al-Mudharabah (Trustee profit sharing)
-Al-Musharakah (Joint-venture profit sharing)
- Al-Bai` bithaman ajil (Deferred instalment sale)
- Al-Ijarah (Leasing)
- Bai salam (Salam sale)
- Bai alistisna` (Sale on order) 

  • Dalam perbankan konvensional, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan-kesan kepada masyakarat sama ada jangka masa panjang ataupun pendek. Berlainan pula dengan perbankan islam kerana teorinya pihak bank perlu bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan memberi perkhidmatan cekap demi kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi Islam yang berkaitan.

Dan sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaan diantara perbankan islam dan konvensional.

Perbankan Islam : Pilihan atau Kewajipan?
Jadi sebenarnya perbankan islam ini hanya sekadar pilihan atau kewajipan bagi setiap muslim?
Ramai yang beranggapan perbankan islam hanya sekadar pilihan atau pun jalan alternatif dan bukannya kewajipan yang ditetapkan oleh Allah seperti Rukun Islam yang lima itu.

Sekiranya ada yang menjawab YA perbankan islam adalah satu pilihan bagi persoalan diatas, ianya adalah sangat tepat bagi beberapa tahun yang lalu kerana pada ketika itu perbankan islam tidak wujud, dan sekiranya ada ianya amat sukar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Namun pada masa kini ianya bukan lagi satu pilihan bahkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim itu menggunakan sistem perbankan islam.

Kita dilahirkan di muka bumi ini sebagai Khalifah, jadi menjadi kewajipan kepada kita melaksanakan segala perkara berlandaskan syariat islam tidak hanya dalam beribadat malah dalam kita bersukan, makan, pergaulan, menuntut ilmu dan sebagainya termasuklah dalam perkara muamalat kita juga perlu berlandaskan syariat islam kerana semua itu juga merupakan ibadah.

“Dan tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)”
Adz-Zaariyat : 56

Sepertimana kita tahu, kita dilahirkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Oleh itu kewajipan melaksanakan sistem perbankan islam adalah salah satu cabang yang dapat melahirkan rasa pengabdian diri kita kepada Allah SWT. Jadi marilah kita melaksanakan sistem perbankan islam agar keindahan islam dalam bermuamalat itu lebih terserlah, semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat memartabatkan agama islam dalam mencapai keredhaan Allah SWT.InsyaAllah.

"Islamic, Integrity and Professional."

Risalah Berkala.

Assalamualaikum..
InsyaAllah mulai 19 Mac 2012 Kelab Kewangan Islam akan mengedarkan risalah 2 minggu sekali kepada semua ahli Kelab Kewangan Islam. Terbitan risalah ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan ilmu / berita / isu / maklumat-maklumat mengenai kewangan islam yang mana tidak tertumpu hanya di dalam kelas sahaja. Harap dengan pengedaran risalah tersebut dapat memberi impak kepada ahli kelab untuk lebih memahami apa itu sebenarnya kewangan islam. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan risalah tersebut.

"Islamic, Integrity and Professional."

Friday 9 March 2012

Selamat Datang!!

Assalamualaikum..
Selamat datang ke blog Kelab Kewangan Islam..semoga dapat berkongsi idea dan mendapat manfaat dari blog ini. =)