Friday 22 August 2014

PERSOALAN : UPU DALAM JURUSAN IJAZAH KEWANGAN ISLAM, UNISZA?

Assalamualaikum....

Pertama sekali, kami daripada kelab Kewangan Islam ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada adik-adik yang telah memilih dan diterima masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin, khususnya bagi mereka yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian. Sebagai perkenalan, eloklah kiranya jika kita melihat dulu sejarah penubuhan Universiti Sultan Zainal Abidin. Bak kata pepatah, "Tak kenal, maka tak tahu".

 Untuk info lebih lanjut mengenai UniSZA, bolehlah melawati websitenya disini.

Apa itu Kewangan Islam? Apa yang kami akan belajar? Apa prospek pekerjaannya? Dan sebagainya..Ya, ini antara beberapa soalan yang 'menghantui' mahasiswa/i baru.

Apa itu Kewangan Islam?
-Kewangan Islam merujuk kepada aktiviti-aktiviti kewangan seperti perbankan, kewangan, pajak gadai yang berlandaskan prinsip Syariah bagi merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan juga pendapatan. Antara subjek kursus yang akan diajar seperti usul fiqh, qawaid fiqhiyyah, fiqh muamalat, pelaburan, akaun dan sebagainya. Bagi mereka yang mengambil jurusan ini, tempoh pengajian hanyalah selama 3 tahun iaitu 6 semester biasa, 3 semester pendek.

Buku, proforma pengajaran dan Jadual kuliah?
-Usah bimbang. Kebiasaannya pada minggu pertama, para pensyarah akan memberikan sedikit 'pengenalan' mengenai subjek kursus yang anda ambil seperti jenis buku yang bakal digunakan, proforma dan sistem pemarkahan, assignment, cara berinteraksi dengan pensyarah (pergi bilik, no telefon, email dan sebagainya) dan persoalan yang berbangkit. Kebiasaannya, sistem pemarkahan yang sering digunakan ialah 50-50. Iaitu 50% dinilai daripada Carry mark (assignment, kuiz, test dan sebagainya), dan 50% lagi adalah berdasarkan Final exam.

Manakala, bagi jadual kuliah, anda boleh download di portal pelajar UniSZA disini. Segala hebahan dan aktiviti daripada pihak universiti akan dibuat disini. Step log-in portal pelajar :

Pertama sekali, masukkan nama id anda (Login) ialah 6 digit terakhir kad matrik anda. Contoh, No Matrik : MBA12033344.  Dan, kata laluan ialah no ic anda. Cth, 940723067777. Seterusnya, klik Login.


Ruangan menu portal



Yuran pengajian?
-Anggaran kasar, yuran pengajian untuk 1 semester biasa adalah sekitar RM 600 (tidak termasuk subjek INCEIF). Manakala, yuran kolej kediaman (asrama), sekitar RM 600 juga.

Boleh saya tukar jurusan lain?
-Persoalan ini, anda perlulah berjumpa sendiri dengan ketua pusat pengajian anda dan berbincang. Bagi jurusan Ijazah Kewangan Islam, anda dibawah jabatan Pusat Pengajian Kewangan & Perbankan. Sila rujuk disini.

Prospek Pekerjaan?
-Kebanyakkan ibubapa sering berfikir. "Ok, jurusan ini kerja bank".
Sebenarnya, kewangan islam itu luas skopnya. Daripada status pekerjaan para senior yang sudah graduate, ada dikalangan mereka bekerja di bank, ar-rahnu, businessman, financial consultant, dan banyak lagi.



UniSZA ini, ada group facebook tak?
-Ya, sudah semestinya. Bagi group FB Jurusan Kewangan Islam, bolehlah join group ini "BBA Islamic Finance". Manakala, group umum yang menjadi tumpuan kebanyakkan student UniSZA ialah "Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UniSZA". Bolehlah bertanya kepada para senior-senior jika ada kemuskilan dan persoalan.

Buku terpakai?
Bagi anda yang ingin membeli buku '2nd hand' dengan harga yang murah, bolehlah bertanya kepada para senior. Ini kerana, kebiasaan harga buku baru adalah tinggi iaitu sekitar RM80. Bayangkan, 1 semester anda belajar 6 subjek/mata pelajaran. Sekitar RM480 kos buku baru (anggaran kasar). Sebelum itu, anda perlulah memastikan buku terpakai yang anda beli itu, sama seperti buku yang digunakan oleh pensyarah anda.

Jika ada persoalan tambahan, bolehlah tinggalkan komen dibawah atau di dalam group facebook diatas. Sekali lagi, TAHNIAH kerana memilih dan diterima masuk ke UniSZA. Akhir kata, kami akhiri dengan nukilan kata dibawah sebagai renungan...


Islamic, Integrity and Professional



Monday 30 September 2013

Organization Chart of Seminar Islamic Finance 2013 - "Shariah Conceptualization and Application in Islamic Finance"




Pelajar Kewangan Islam Semester 7 akan menganjurkan "Islamic Finance Seminar 2013 Shariah Conceptualization and Application in Islamic Finance" pada 17 Disember 2013. Ini adalah tugasan dari Profesor Dr. Izah bt Mohd Tahir sebagai pensyarah bagi subjek Seminar in Islamic Finance @ Academic Projek. Ahli kelas Kewangan Islam Semester 7 telah bersetuju untuk memilih Ahli Jawatankuasa berdasarkan pemilihan melalui undi. Semua ahli kelas telah sebulat suara bersetuju dengan pemilihan yang dibuat. Mohon kerjasama semua ahli Kelab Kewangan Islam dalam menjayakan "Islamic Finance Seminar 2013 Shariah Conceptualization and Application in Islamic Finance".

Tuesday 23 July 2013

Buku Online : 20 Adab Berbicara


[Gambar hiasan]

1. Semua perbualan perlu bertujuan kebaikan.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (Direkodkan oleh Bukhari Muslim).

2. Jelas dalam perkataan.

"Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar." (Direkodkan oleh Abu Daud).

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara." (Direkodkan oleh Tirmidzi dan dia menilai hadis ini hasan).

[Gambar hiasan]
4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.

"Ibnu Mas'ud r.a senantiasa mengajar kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki : 'Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas'ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud : 'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami." (Muttafaq 'alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting sekiranya perlu.

Daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang baginda SAW mengucapkan salam tiga kali. (Direkodkan oleh Bukhari)

6. Menghindari ucapan yang batil.

"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredai oleh Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat." (Direkodkan oleh Tirmidzi dan dia berkata hadis hasan sahih juga direkodkan oleh Ibnu Majah).


[Gambar hiasan]
7. Menjauhi perdebatan sengit.

"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW :

"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi orang yang baik akhlaknya." (Direkodkan oleh Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.

"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji." (Direkodkan oleh Tirmidzi dengan sanad sahih)

9. Menghindari banyak bergurau.

"Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak adalah orang yang suka membuat manusia tertawa." (Direkodkan oleh Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.

"Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan dia menilai hadis ini hasan)

11. Menghindari dusta.

"Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara ia berdusta, jika dia berjanji dia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat." (Direkodkan oleh Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.

"Janganlah kamu semua saling mendengki, dan janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Muttafaq 'alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah daripada bapanya berkata :

Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang itu, maka kata Nabi SAW : "Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!" (2 kali), lalu kata baginda SAW, "Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di hadapannya maka katakanlah : Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorang pun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya." (Hadis Muttafaq 'alaih)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui perlu dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan perlu penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Semasa menolak, perhatikan tingkat ilmu lawan bicara. Tidak berbicara diluar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak, perlu menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Tuesday 28 May 2013

PROGRAM "SIHAT BERSAMA IF" 2013

   


       Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi, kerna dengan limpah kurniaNYA, program
 "Sihat Bersama IF" telah berlangsung dengan jayanya pada kali ini. Program ini adalah anjuran Exco Sukan Kelab Kewangan Islam bagi Tahun 2013/2014 dan dibantu oleh ahli-ahli kelab yang lain. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 mei 2013 bertempat di sekitar kawasan sukan UniSZA. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada ahli-ahli BBAIF dari setiap semester. 

    Pada 24 mei 2013, pertandingan bola baling dan bola jaring telah berlangsung. Bagi bola baling lelaki, terdapat 4 pasukan yang berentap bagi mendapat tempat pertama iaitu 2 pasukan dari semster 4 dan semester lain hanya menghantar 1 pasukan sahaja. Dan bagi pasukan bola baling wanita pula,terdapat 4 pasukan juga yang iaitu 2 pasukan dari semester 6 dan semester lain hanya menghantar 1 pasukan sahaja. Pertandingan bola jaring yang hanya disertai oleh 4 pasukan wanita. 

     Pada 25 mei 2013, telah berlangsungnya pertandingan futsal Lelaki dan Wanita. Bagi futsal lelaki, terdapat 6 pasukan yang berentap dan setiap semester menghantar 2 pasukan. Pertandingan Futsal ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada student IF kerna majoritinya adalah Pemain futsal tegar ;) . Bagi pasukan Wanita pula, terdapat 1 pasukan dari semester 2, dan seemester lain menghantar 2 pasukan untuk bertanding.

Keputusan pertandingan :

   BOLA BALING LELAKI -   * 1st  - Ombak Rindu (semester 2)
                                                    2nd - 2A (semester 2)
                                                    3th  - Keratong Maju & Semester 6

   BOLA BALING WANITA   * 1st  - Semester 6
                                                    2nd - Semester 2
                                                    3th  - Semester 6 & 4

   FUTSAL LELAKI - * 1st - Semester 2
                                       2nd - Semester 4
                                       3th  - Semester 4 & 2

   FUTSAL WANITA * 1st  - Semester 6
                                      2nd - Semester 2
                                      3th  - Semester 6 & 4

 BOLA JARING         * 1st  - Semester 6
                                      2nd - Semester 2
                                      3th  - Semester 6 & 4        

     Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara junior dan senior (semester 2,4 dan 6) dan juga memupuk sifat amalkan gaya hidup sihat iaitu dengan bersukan. Selepas program ini berlangsung. Saya dapat lihat bahwa perkenalan semakin bertambah antara semester 2,4 dan 6 dan ukhuwah yang terjalin sesama kita semakin erat kerna kita bekerja dalam satu kumpulan dalam pertandingan untuk mendapat tempat pertama. 

     *tiada yang kalah ataupun menang. 

   'SEMUA MENANG'

"ISLAMIC, INTEGRITY AND PROFESSIONAL"

























Tuesday 26 February 2013

Buku Online : Nasihat kepada para wanita


Tajuk Buku : Suci Dalam Debu
Penulis : Ustaz Mohd Isa Selamat
Tahun diterbitkan : 1994
No rujukan (Library UniSZA) : BP 88. M37 S91

Ringkasan : 
Buku ini berkisarkan realiti kehidupan, ujian, masalah-masalah sosial, motivasi dan sebagainya. Ianya sesuai dibaca oleh remaja.

Buku Online ->  Berikutan kemajuan teknologi, pihak kami terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu daripada pembacaan kepada masyarakat umum. Bak kata-kata seorang rakan ; "Ilmu itu tidak seharusnya berlegar dikalangan pelajar & berpendidikan shj". Begitu juga, "Kekayaan tidak seharusnya berlegar dikalangan orang kaya shj". Buku Online ini hanyalah mengambil serpihan kecil kata-kata motivasi, nasihat, kisah & sebagainya, dari buku yang dirujuk. Idea ini tercetus dari pemerhatian masyarakat masa kini yang lebih suka melayari internet daripada membaca buku. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, kita tinggalkan. Semoga ianya bermanfaat. 1st entry.
 



 Nasihat Ali Thonthawi kepada Puterinya [ms 163-174]


“Katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci daripada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.”


“Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan, memelihara kemaluan dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali apa yang sudah biasa nampak. Hendaklah mereka menutup kain jilbab sampai ke dada, jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami, ayah, ayah suami, putera-putera mereka atau putera-putera suami, adik beradik lelaki, anak-anak saudara lelaki atau anak-anak saudara perempuan wanita-wanita Islam budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak mempunyai syahwat (keinginan terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (surah An-Nur, Ayat 30-31)


Puteriku tercinta! Aku seorang tua yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan.

Aku juga telah mengunjungi banyak negeri dan berjumpa dengan banyak orang. Aku juga telah merasa pahit getir dunia. Oleh kerana itu dengarlah nasihat-nasihatku yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalaman-pengalamanku. Di mana engkau belum pernah mendengar dari orang lain.

Kami telah menulis dan mengajak kepada perbaikkan moral, menghapus kerosakan, dan mengekang hawa nafsu, sehingga pena tumpul dan mulut letih dan kami tidak menghasilkan apa-apa. Tidak ada kemungkaran yang dapat kami banteras, bahkan bertambah, kerosakkan bermaharajalela, pakaian terdedah dan merangsang nafsu dan semakin meluas pula. Berkembang dari satu negeri ke satu negeri yang lain, sehingga tidak ada satu negeri Islam pun menurut dugaanku terhindar dari wabak itu. Negeri-negri Syam (Syria, Jordan, Labenon, Palestin) sendiri yang dulu benar-benar bersih, menutup aurat, sangat menjaga kehoramatan wanitanya, kini para wanita itu keluar dengan pakaian merangsang, terbuka bahagian lengan dan lehernya.

Kami belum berhasil, kami kira tidak akan berhasil. Tahukah engkau kenapa?

Kerana sampai hari ini, kami belum menemukan cara untuk memperbaiki, kami belum tahu jalannya. Sesungguhnya jalan kebaikan itu ada di depanmu puteriku! Kuncinya berada di tanganmu. Bila engkau percaya kunci itu ada, lalu engkau menggunakannya untuk masuk, maka keadaan akan baik. Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, wanita tidak akan pernah memulainya. Tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, andaikan bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, dia yang masuk, kau katakan pada si pencuri itu: “Silakan……” ketika ia telah mencuri, tetapi engkau berteriak: “Pencuri! Tolong…. Tolong! Aku kecurian.”

Bila engkau mengerti bahawa semua lelaki serigala, dan engkau adalah kambing ternakkan nescaya kau akan lari dari mereka, sebagaimana kambing ternakkan lari dari serigala. Kalau kau sedar mereka pencuri, engkau pun akan berhati-hati sebagaimana seorang kedekut takut kecurian.

Bila serigala hanya menginginkan daging kambing sahaja, maka sesuatu yang diharapkan lelaki dari engkau lebih mulia dari daging kambing itu. Kematian lebih baik dari kehilangan. Lelaki itu mengharapkan sesuatu yang paling mahal bagimu, iaitu kehormatan yang menjadi kebanggaan, kemuliaan dan dengan itu pula engkau hidup bersamanya. Hidup wanita yang kehormatannya telah terenggut oleh lelaki, 100x lebih pahit daripada kematian seekor kambing ternakkan yang diterkam serigala. 


Ya demi Allah……., dalam hayalan seorang pemuda takkan melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.


Demi Allah, begitulah. Ya kami bersumpah yang kali kedua kalinya, kepadamu. Jangan kamu percaya apa yang diperkatakan lelaki, bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak & budi bahasanya. Ia akan berbicara sebagai seorang sahabat, ia akan mencintainya bagai seorang kawan. Demi Allah, ia telah bohong! Bila engkau dengan pembicaraan diantara anak-anak muda dalam kesepian mereka, engkau akan mendengar sesuatu yang  mengerikan, senyuman yang diberikan pemuda kepadamu kehalusan budi bahasa dan perhatian semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan untuk mencapai tujuannya, atau paling tidak, pemuda itu sendiri merasa bahawa itu adalah rayuan.


Setelah itu, apa yang terjadi? Apa, wahai puteriku? Cuba kau fikirkan!


Kamu berdua sesat dalam kenikmatan kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan terus mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan dalam perut. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng. Masyarakat yang zalim dapat mengampuni pemuda itu, dengan mengatakan : Ia anak muda yang sesat lalu bertaubat. Tetapi engkau selamanya hidupmu tetap berkubang kehinaan & keaiban, masyarakat tidak mengampuni selamanya.


Bila engkau bertemu dengan pemuda, kau busungkan dadamu, kau palingkan muka, kau tunjukkan keperibadian & menghindar …… Dan kalau penganggumu itu belum mengindahkan, sampai berbuat lancing dengan perkataan atau tangannya nakal, kau lepaskan sepatu dari kakimu lalu engkau lemparkankan ke kepalanya, bila semua ini kau lakukan, maka semua orang di jalan akan membelamu. Setelah itu anak-anak nakal tidak menganggu gadis-gadis lagi. Bila anak itu datang kepadamu minta ampun tidak akan mengulangi perbuatannya lagi, mengharapkan hubungan yang baik maka kedatangannya itu dalam rangka melamarmu.


Wanita, bagaimanapun juga status social, kekayaan, populariti & prestasinya tidak akan mendapatkan sesuatu yang sangat diangan-angankan, dan kebahagian, kecuali dalam perkahwinan. Menjadi isteri yang baik, seorang ibu terhormat dan ibu dalam rumah tangga. Baik wanita itu seorang ratu, puteri raja atau seorang bintang holliwood terkenal yang penuh dengan kegemerlapan dan mempersona kebanyakkan wanita. Aku mengenal dua saterawati besar di Mesir dan Syiria, benar-benar sasterawati. Mereka telah meraih anugerah tertinggi karya sastera dan kekayaan. Akan tetapi mereka kehilangan suami, lantas akal pun hilang dan mereka menjadi gila. Tidak perlu disebut nama mereka itu kerana namanya memang telah begitu terkenal.


Cita-cita wanita paling tinggi adalah perkahwinan, walaupun ia seorang anggota parlimen, pemegang kekuasaan. Takkan ada seorang pun mahu mengahwini wanita pelacur. Seorang yang bermaksud wanita baik pun, kalau ia ternyata sesat, orang itu akan pergi meninggalkannya. Kalau mahu kahwin, ia akan memilih wanita lain yang baik kerana ia tidak rela bila ibu dalam rumah tangga dan ibu-ibu kepada putera puterinya adalah wanita yang tidak bermoral.

Seorang lelaki, sekali pun fasik, bila di tempat kelazatan tidak menemukan wanita yang mahu mengorbankan kehormatannya di bawah telapak kakinya dan sesuka hati mahu dijadikan bahan mainan, bila lelaki itu sudah tidak mendapatkan perempuan lengah yang mahu diajak kahwin menurut agama iblis dan seperti kucing di bulan februari, lelaki itu akan mencari isteri menurut cara islam. Krisis perkahwinan disebabkan kaum wanita! Kalau tidak kerana wanita fasik, krisis perkahwinan tidak akan terjadi, dan kesempatan membuat maksiat tidak akan meluas. Lalau kenapa kalian tidak sedar? Dan kenapa wanita-wanita mulia tidak berusaha membanteras malapetaka ini? Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu, kerana kalaia lebih mengerti bahasa wanita dan cara menyerdarkan wanita, dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakkan ini adalah kalian, para wanita terpelihara, mulia, wanita yang terjaga dan beragama.


Pada setiap rumah di Syria terdapat gadis-gadis berusia cukup untuk kahwin tetapi gagal mendapatkan suami. Hal ini disebabkan para pemudanya sudah mendapatkan kekasih dan tidak perlu pada isteri. Barangkali keadaan serupa terjadi di negeri lain, maka bentuklah Jemaah-jemaah dari kalian baik sasterawati, wanita berpendidikan, guru-guru sekolah dan para mahasiswi untuk mengembalikan saudari-saudari kalian yang tersesat menuju kebenaran.


Ajaklah mereka bertakwa kepada Allah. Bila meraka tidak mahu bertakwa, peringatilah akan terjangkitnya suatu penyakit. Bila mereka masih tidak turut, jelaskanlah dengan melihat kenyataan. Katakanlah kepada mereka: Kalian adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu banyak pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekeliling kalian. Akan tetapi apakah keremajaan dan kecantikan itu akan kekal? Benda apakan di dunia ini yang bersifat kekal sehingga keremajaan pesona? Bagaimana kelanjutannya bila kalian sudah menjadi nenek-nenek dengan punggung bungkok dan wajah berkeripot? Saat itu siapakan yang akan simpati? Tahukan kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek?...meraka adalah anak dan para cucunya. Saat itulah nenek itu menjadi seorang ratu di tengah rakyatnya. Duduk di atas singgahsana dengan memakai mahkota. Tetapi nenek yang lain, yang masih bersuami itu?


Kalian sendiri lebih tahu apa yang terjadi dengan nenek itu. Apakah kelazatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara. Dan nasihat-nasihat serupa, kalian para wanita, tidak memerlukan petunjuk orang lain dan tidak kehabisan cara untuk memberi nasihat saudari-saudari kalian yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita baik-baik, gadis gadis yang sedang mekar. Agar mereka tidak menempuh jalan yang salah itu. 

Aku tidak minta kalian untuk berubah secara drastik, mengembalikan wanita kini kepada keadaan yang sewajarnya dimiliki oleh wanita yang benar-benar muslimah. Tidak, kami tahu bahawa perubahan itu mustahil. Akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak. Sebagaimana kalian menerima kerosakkan. Setapak demi setapak, kalian memendekkan pakaian sedikit demi sedikit. Kalian pertipis kerubung dan sabar melaui masa yang panjang. Kaliaan lakukan perubahan ini padahal lelaki baik tidak menyedari. Majalah-majalah lucah menggalakkan masalah ini.


Orang-orang fasik riang gembira sampai akhirnya kita mencapai suatu keadaan yang tidak diredhai islam, agama nasrani tidak rela dan bahkan penyembah api yang sejarah mereka  sudah kita baca di buku-buku tidak pernah melakukan hal seperti itu. Suatu keadaan yang tidak dapat diterima oleh haiwan-haiwan.


Dua ayam jantan bila sama-sama menginginkan ayam betina, saling menyerang kerana cemburu dan membela tapi dipesisir Iskandariah Mesir dan Beirut, lelaki muslim tidak merasa cemburu wanita muslimah dilihat orang-orang asing, bukan sahaja wajahnya, kedua belah tangan dan juga bukan hanya leher mereka, tetapi terlihat segala-galanya seluruh tubuh kecuali benda yang menjijikkan permandangan, bila terlihat dan lebih baik ditutup iaitu kemaluan dan buah dada.


Di kelab-kelab malam, suami-suami muslim menyuguhkan isteri-isteri mereka untuk berdangsa berangkulan dengan lelaki asing, dada bertepi dada, perut bertemu perut, bibir dan pipi, kedua tangan memeluk tubuh. Tidak seorang pon protes. Di university-universiti Islam, mahasiswa muslim duduk dengan mahasiswi muslimah dengan aurat terbuka, tidak seorang pon orang tua muslim memperduli.


Hal seumpama ini lumrah. Tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari, atau dalam waktu yang singkat melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju kejelikan walaupun jalan itu sekarang telah jauh. Orang yang tidak mahu menempuh jalan yang panjang yang hanya satu-satunya ini tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas. Wanita membuka wajah bukan bererti ia harus bergaul dengan lelaki lain. Isteri tanpa tutup wajah bukan bererti ia harus menyambut kawan suami dirumahnya atau menyalaminya bila bertemu di kereta, bertemu di jalan. Atau seorang gadis menjabat tangan kawan lelaki di universiti, berbincang-bincang berjalan seiring, belajar bersama untuk ujian dan lupa bahawa Allah menjadikan ia sebagai wanita dan lelaki satu dengan lainya dapat saling terangsang.


Baik wanita, lelaki atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu merubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus ransangan seks dari dalam jiwa mereka. Mereka yang mengalu-alukan emansipasi dan pergaulan bebas atas nama kemajuan adalah pembohong dilihat dari dua sebab : Pertama kerana semua itu mereka lakukan untuk memberikan kepuasan kepada mereka sendiri. Memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka itu dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan.


Akan tetapi, mereka tidak berani berterus-terang. Oleh kerana itu mereka bertopeng dengan kalimat yang mengagungkan yang sama sekali tidak ada ertinya, kemajuan, modenisasi, kehidupan kampus dan ungkapan-ungkapan lain yang kosong tanpa makna bagaikan gendang. Kedua mereka bohong oleh kerana mereka bermakmum kepada Eropah. Menjadikan Eropah sebagai suluh dan mereka tidak dapat memahami kebenaran kecuali berdasarkan Eropah. Kebenaran menurut mereka, bukan menentang kebatilan. Akan tetapi kebenaran adalah segala sesuatu yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York. Sekalipun berupa dansa, porno atau lucah, pergaulan bebas di universiti, buka aurat di padang dan telanjang di pantai atau kolam renang.


Di Eropah dan Amerika, seperti kita baca dan dengar dari mereka yang telah mengunjungi negeri-negeri itu, terdapat banyak keluarga yang tidak rela dan tidak mengizinkan pergaulan bebas. Di Paris banyak para ibu dan bapa yang melarang anak gadis mereka berjalan dengan seorang pemuda atau pergi bersama ke gedung-gedung bioskop atau wayang. Bahkan mereka tidak diperbolehkan menonton kecuali filem-filem yang sudah diketahui jalan ceritanya, dan mereka tahu benar bahawa dalam filem-filem itu tidak terdapat adegan yang menjolok.


Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat megurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan kegilaan seksual di dalam jiwa. Untuk menjawab soalan ini aku limpahkan pada mereka yang telah mengamalkan pergaulan bebas di sekolah-sekolah, iaitu Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar petua ulamak dan pendita.


Amerika – Apakah mereka belum membaca, bahawa ini antara problem Amerika adalah semakin meningkatnya siswi-siswi hamil? Siapa yang akan merasa bahagia bila di universiti Mesir, Syria (Malaysia, Singapura dan juga Indonesia) dan seluruh negeri-negeri Islam mengalami persoalan yang sama?


Aku tidak berbicara pada pemuda. Aku tidak ingin mereka mendengar. Aku tahu bahawa mungkin mereka menyanggah dan mentertawakanku. Kerana aku telah menghalangi mereka menikmati kelazatan yang benar mereka peroleh.


Akan tetapi aku berbicara pada kalian, putera-puteriku. Wahai puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku terhormat dan terpelihara! Ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain kecuali engkau. Oleh kerana itu jangan berikan diri kamu sebagai korban iblis. Jangan dengarkan ucapan mereka yang merayumu dengan pergaulan bebas demi kebebasan, modernisasi kemajuan dan kehidupan kampus.


Sungguh kebanyakan orang yang terlaknat itu tidak beristeri dan tidak mempunyai anak, meraka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. Sedang aku adalah seorang ayah dari empat gadis. Bila aku membela kalian, bererti aku membela puteri-puteriku sendiri. Aku ingin kalian bahagia seperti yang aku inginkan untuk puteri-puteriku.

Sesungguhnya tidak ada yang mereka kagumi selain memperkosa kehormatan gadis yang sudah rosak. Kemuliaan yang tercela tidak akan pernah kembali dan begitu juga martabat yang hilang.


Bila seorang puteri remaja telah jatuh, tidak seorang pun di antara mereka mahu mememimpin tangannya atau mengangkat dari lembah kejatuhan. Yang engkau dapati mereka saling memperebutkan kecantikan gadis itu, selama kecantikan itu masih ada. Bila sudah hilang, meraka pun pergi meninggalkan gadis tersebut. Sebagaimana anjing-anjing meninggalkan bangkai yang tidak berdaging sedikit pun.


Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarlah bahawa ditanganmulah bukan ditangan kami kaum lelaki segala kunci pintu itu diamanahkan. Andainya sudi, perbaikilah diri kalian, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.


Penaip : Exco Akademik & Exco Komunikasi