Tuesday 25 December 2012

MENIRU




dari sdut hkum, asasnya adlah :

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya HARAM. Sebuah hadis :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"
(Riwayat Muslim, 1/99)


2) Pernah juga diriwayatkan bhwa :
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram)
( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
Dari kedua-dua dalil kt atas tu, jelas lah bhwa hukum meniru dlm exam adalah HARAM bagi pljar kerana ia adlah satu bentuk penipuan.


Cuba kawan2 renungkan, mak ayah kita dkt kampung berasa gembira sangat, siap nak buat kenduri ksyukuran bile kite dapat pointer gempak dan dapat dekan setiap semester,,tapi malangnye..semua tu adalah hasil drpd meniru kuiz,test,final exam dan mcm2 lagi..kalaulah mak ayah kite tahu yg kite ni meniru,mesti mereka sedih kn??silap2,mereka pun xnk mengaku kite ni ank mereka..ish3!!sgt mengecewakn..kalau kawan2 ade anak nnti pun,,mesti kwn2 xnk ank2 mniru..btul x??atau korg xksah klu ank2 korg mnru dlm exam nnt??


knpe nk mniru ek??xpcye kt dri sdri ke??xpcye kt allah ke??kite ni sbgai students patutnye sentiase bsiap sdia utk hdpi smue kuiz,test n final exm..da tau kite ni ade test,,kite stdy la..stdy sungguh2..then,,tme test nt,jawab la sungguh2..pcye la,,klu kte da usaha,ALLAH pasti tolong kite..=) pastu, doa byk2..mintak kt allah moga kite dpt kptusan yg baik..=) senang je kn kawan2??=)



kawan2 yg disayangi sklian, 


biarlah result kite rendah asalkan BERKAT.. ianya better jika result kite cemerlang melalui usaha yg BENAR. yakinlah, bahawa allah tidak memandang berapa nilai PNGK yg kite dpt. tp allah menilai cmne cara n usaha yg kite lakukan dlm menjalani aturan kehidupan hamba yg diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. ALLAH MELIHAT cmne cara kite menjadikan peperiksaan itu satu nilaian IBADAH disisi ALLAH. sbab hnya tu lah yg membezakan kita disisi-Nya. taqwa dan rasa bertuhan(ihsan) ketika kita menjawab soalan.


Ayuh lah kawan2 smua, kite fikirkan n renungkan..


Sesungguhnya, SEDIKIT yang berkat itu akan sentiasa terasa mencukupi... Sedangkan yang BANYAK tetapi tidak berkat, tidak akan pernah terasa puas apatah lagi rasa mencukupi..=)


mekaseh kawan2 sbab sudi mbace..=)


disediakan oleh : Hasyimah binti Ismail






Tuesday 10 April 2012

Zakat: Bersihkan Diri dengan Rukun Islam ke-4 [Part 2]

Assalamualaikum.

Entri sebelum ini telah diterangkan apa itu yang dimaksudkan dan didefinisikan sebagai zakat, InsysAllah kali ini akan membincangkan jenis zakat dan kiraannya. Terdapat beberapa jenis zakat yang telah disyariatkan di dalam Islam iaitu :

  1. Zakat Fitrah
  2. Zakat Harta
Zakat Fitrah

Zakat yang diwajbkan keatas setiap individu, lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar : 1 gantang Baghdad = 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad)

Waktu :
  • Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Afdhal : Sebelum solat sunat hari raya.
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Zakat Harta

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Kadar : 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud 2.5% dari segala harta benda kita bukanlah hak kita tetapi hak 8 golongan asnaf yang telah ditentukan.

Waktu : Pada bila-bila masa.

Jenis-jenis Zakat Harta :
  1. Zakat Perniagaan
  2. Zakat Wang Simpanan
  3. Zakat Saham
  4. Zakat Pendapatan
  5. Zakat Ternakan
  6. Zakat Emas & Perak
  7. Zakat Pertanian
Zakat perniagaan

Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan Persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

Kadar/Kiraan : [ (Aset semasa - Tanggungan semasa ) Pelarasan x % Pemilikan Saham orang Islam x Kadar Zakat (2.5%)]

Zakat Wang Simpanan

Zakat yang dikeluarkan oleh pengdeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya samada di dalm akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain dalam bentuk simpanan.

Kadar/Kiraan : (Baki simpanan - Keuntungan Bank) x 2.5%, Contoh: Baki Simpanan RM 9115.00, diandaikan Nisab Zakat RM 3323.50. Jumlah Zakat = (RM 9115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00

Zakat Saham

Zakat yang dikeluarka keatas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisabnya.

Kadar/Kiraan : 2.5% nilai terendah saham-saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham.

Zakat Pendapatan

Imbuhan atau perolehan oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri, sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

Kadar/Kiraan :
Kaedah 1 : Pendapatan Kasar x 2.5%
Kaedah 2 : (Pendapatan bersih - Perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%

Zakat Ternakan

Zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat antaranya kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan atau sebagainya.

Kadar/Kiraan :

LEMBU/KERBAU
BilanganJumlah Zakat / Jantina
30-39 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
40-59 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
60-69 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
70-79 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
dan 2 ekor berumur 2 tahun / Betina
80-89 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
90-99 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
100-109 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
110-119 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
120 Ekor keatas3 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
KAMBING
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
BIRI - BIRI
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Zakat Emas dan Perak

Emas dan Perak adalah jenis galian yang diwajibkan zakat. Ini kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Kadar/Kiraan :
Nisab Zakat Emas yang dipakai = 200gm
Nisab Zakat Emas yang tidak dipakai = 85gm

Zakat Pertanian

Zakat yang dikenakan keatas makanan asasi yang mengenyangkan keatas sesebuah negeri yang telah cukup 363 gantang / 1300 Kg padi, gamdum, biji-bijian dan sebagainya.

Kadar/Kiraan:

Kaedah 1 : Biji-bijian dan buah-buahan yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang dan jentera atau menggunakan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakat nya ialah 10% atau 1/10.

Kaedah 2 : Bijian atau buah-buahan yang hanya bergantung pada air hujan, maka kadar zakatnya hanya 5% atau 1/20.

Kaedah 3 : Bijian atau buah-buahan yang bergantung kedua-dua kaedah diatas maka zakatnya 7%.

Zakat: Bersihkan Diri dengan Rukun Islam ke-4

Assalamualaikum.

ZAKAT - bilamana  mendengar perkataan zakat, barangkali ramai yang beranggapan zakat itu menyusahkan walaupun ia adalah perintah dari Allah SWT. yang mana berkali-kali ditekankan didalam Al-Quran, bahkan seringkali digandingkan dengan solat, sekaligus menggambarkan betapa pentingnya ibadah zakat dikalangan umat islam.

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah berserta orang-orang yang ruku'."
[Al-Baqarah : 43]


Terdapat beberapa pengertian zakat dari segi bahasa:


  • Thoharoh [membersihkan/mensucikan]




Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu, menjadi ketenteraman bagi jiwa mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [At-Taubah : 103]

Diperlihatkan dari ayat tersebut Allah akan membersihkan dan mensucikan bukan sahaja pada harta orang yang menunaikan zakat bahkan pada jiwa mereka juga.

  • Namaa' [tumbuh/berkembang]

Orang yang selalu membayar zakat, InsyaAllah hartanya akan selalu terus tumbuh dan berkembang, dan ini disebabkan oleh kesucian harta mereka kerana menunaikan zakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan sesuatu riba' (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba' itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)." [Ar-Rum : 39]

  • Barakah [berkat]

Allah akan melimpahkan keberkatan harta orang yang membayar zakat, yang mana keberkatan ini dapat diperlihatkan atas keberkatan hidup seseorang muslim itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya." [Saba' : 39]

Manakala zakat menurut istilah syara':

  • Pendapat Ibn Taimiyyah
"Memberikan bahagian tertentu dari harta yang berkembang jika sudah sampai nisab untuk keperluan tertentu."

  • Pendapat Syeikh Abdullah Al-Bassam
"Hak wajib dari harta tertentu, untuk golongan tertentu pada waktu tertentu."

Inilah yang dimaksudkan dengan zakat, namun begitu di dalam Al-Quran telah menyebutkan beberapa ungkapan lain seperti sedekah, infaq dan al-'afwu. Walau apa ungkapan atau sebutan yang kita fahami, berzakatlah supaya kehidupan kita diiringan keberkatan kerana dengan berzakat kita dapat membantu dan membahagiakan orang lain.

Monday 19 March 2012

Perbankan Islam: Pilihan atau Kewajipan?


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini acap kali kita dengar mengenai perbankan islam yang makin pesat membangun, sehinggakan institusi-institusi perbankan konvensional menggunakan konsep-konsep perbankan islam dalam produk mereka untuk menarik perhatian pelanggan (Islamic Window). Ramai juga dikalangan orang-orang bukan islam menggunakan produk perbankan islam, dan boleh dibuktikan sebenarnya pelanggan-pelanggan bukan islam adalah golongan majoriti yang menyimpan dan melaburkan wang mereka dalam perbankan islam. Namun kita dapat lihat mengapa sebenarnya ramai golongan islam masih ramai menggunakan produk konvensional. Sebanarnya ramai diantara kita masih keliru dengan keuntungan atau dividen yang diperolehi mereka atas hasil simpanan di institusi perbankan tersebut.

Dalam sistem perbankan islam dan konvensional terdapat beberapa perbezaan, antaranya:


  • Penggunaan interest (riba') sebagai keuntungan adalah diharamkan sama sekali di dalam islam, kerana ia adalah bukan pulangan atas usaha yang sah disisi syarak kerana sekiranya satu pihak mengalami kerugian maka satu pihak lagi tetap mendapat keuntungan dalam apa jua keadaan pun jadi berlaku ketidakadilandan dan jelas ianya riba'. Sepatutnya keuntungan diatas modal asal hendaklah bedasarkan kepada untung rugi (profit-sharing) maka jelas tiada penindasan keatas mana-mana pihak.

"......sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'"
Al-Baqarah : 275

  • Aktiviti-aktiviti perbankan islam adalah berlandaskan kontrak-kontrak perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam seperti:

- Al-Mudharabah (Trustee profit sharing)
-Al-Musharakah (Joint-venture profit sharing)
- Al-Bai` bithaman ajil (Deferred instalment sale)
- Al-Ijarah (Leasing)
- Bai salam (Salam sale)
- Bai alistisna` (Sale on order) 

  • Dalam perbankan konvensional, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan-kesan kepada masyakarat sama ada jangka masa panjang ataupun pendek. Berlainan pula dengan perbankan islam kerana teorinya pihak bank perlu bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan memberi perkhidmatan cekap demi kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi Islam yang berkaitan.

Dan sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaan diantara perbankan islam dan konvensional.

Perbankan Islam : Pilihan atau Kewajipan?
Jadi sebenarnya perbankan islam ini hanya sekadar pilihan atau kewajipan bagi setiap muslim?
Ramai yang beranggapan perbankan islam hanya sekadar pilihan atau pun jalan alternatif dan bukannya kewajipan yang ditetapkan oleh Allah seperti Rukun Islam yang lima itu.

Sekiranya ada yang menjawab YA perbankan islam adalah satu pilihan bagi persoalan diatas, ianya adalah sangat tepat bagi beberapa tahun yang lalu kerana pada ketika itu perbankan islam tidak wujud, dan sekiranya ada ianya amat sukar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Namun pada masa kini ianya bukan lagi satu pilihan bahkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim itu menggunakan sistem perbankan islam.

Kita dilahirkan di muka bumi ini sebagai Khalifah, jadi menjadi kewajipan kepada kita melaksanakan segala perkara berlandaskan syariat islam tidak hanya dalam beribadat malah dalam kita bersukan, makan, pergaulan, menuntut ilmu dan sebagainya termasuklah dalam perkara muamalat kita juga perlu berlandaskan syariat islam kerana semua itu juga merupakan ibadah.

“Dan tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)”
Adz-Zaariyat : 56

Sepertimana kita tahu, kita dilahirkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Oleh itu kewajipan melaksanakan sistem perbankan islam adalah salah satu cabang yang dapat melahirkan rasa pengabdian diri kita kepada Allah SWT. Jadi marilah kita melaksanakan sistem perbankan islam agar keindahan islam dalam bermuamalat itu lebih terserlah, semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat memartabatkan agama islam dalam mencapai keredhaan Allah SWT.InsyaAllah.

"Islamic, Integrity and Professional."

Risalah Berkala.

Assalamualaikum..
InsyaAllah mulai 19 Mac 2012 Kelab Kewangan Islam akan mengedarkan risalah 2 minggu sekali kepada semua ahli Kelab Kewangan Islam. Terbitan risalah ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan ilmu / berita / isu / maklumat-maklumat mengenai kewangan islam yang mana tidak tertumpu hanya di dalam kelas sahaja. Harap dengan pengedaran risalah tersebut dapat memberi impak kepada ahli kelab untuk lebih memahami apa itu sebenarnya kewangan islam. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan risalah tersebut.

"Islamic, Integrity and Professional."

Friday 9 March 2012

Selamat Datang!!

Assalamualaikum..
Selamat datang ke blog Kelab Kewangan Islam..semoga dapat berkongsi idea dan mendapat manfaat dari blog ini. =)