Tuesday 10 April 2012

Zakat: Bersihkan Diri dengan Rukun Islam ke-4 [Part 2]

Assalamualaikum.

Entri sebelum ini telah diterangkan apa itu yang dimaksudkan dan didefinisikan sebagai zakat, InsysAllah kali ini akan membincangkan jenis zakat dan kiraannya. Terdapat beberapa jenis zakat yang telah disyariatkan di dalam Islam iaitu :

  1. Zakat Fitrah
  2. Zakat Harta
Zakat Fitrah

Zakat yang diwajbkan keatas setiap individu, lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar : 1 gantang Baghdad = 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad)

Waktu :
  • Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Afdhal : Sebelum solat sunat hari raya.
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Zakat Harta

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Kadar : 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud 2.5% dari segala harta benda kita bukanlah hak kita tetapi hak 8 golongan asnaf yang telah ditentukan.

Waktu : Pada bila-bila masa.

Jenis-jenis Zakat Harta :
  1. Zakat Perniagaan
  2. Zakat Wang Simpanan
  3. Zakat Saham
  4. Zakat Pendapatan
  5. Zakat Ternakan
  6. Zakat Emas & Perak
  7. Zakat Pertanian
Zakat perniagaan

Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan Persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

Kadar/Kiraan : [ (Aset semasa - Tanggungan semasa ) Pelarasan x % Pemilikan Saham orang Islam x Kadar Zakat (2.5%)]

Zakat Wang Simpanan

Zakat yang dikeluarkan oleh pengdeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya samada di dalm akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain dalam bentuk simpanan.

Kadar/Kiraan : (Baki simpanan - Keuntungan Bank) x 2.5%, Contoh: Baki Simpanan RM 9115.00, diandaikan Nisab Zakat RM 3323.50. Jumlah Zakat = (RM 9115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00

Zakat Saham

Zakat yang dikeluarka keatas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisabnya.

Kadar/Kiraan : 2.5% nilai terendah saham-saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham.

Zakat Pendapatan

Imbuhan atau perolehan oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri, sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

Kadar/Kiraan :
Kaedah 1 : Pendapatan Kasar x 2.5%
Kaedah 2 : (Pendapatan bersih - Perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%

Zakat Ternakan

Zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat antaranya kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan atau sebagainya.

Kadar/Kiraan :

LEMBU/KERBAU
BilanganJumlah Zakat / Jantina
30-39 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
40-59 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
60-69 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
70-79 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
dan 2 ekor berumur 2 tahun / Betina
80-89 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
90-99 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
100-109 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan
110-119 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan
120 Ekor keatas3 ekor berumur 2 tahun / Betina
dan 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan
KAMBING
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina
BIRI - BIRI
BilanganJumlah Zakat / Jantina
40-120 Ekor1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
121-200 Ekor2 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
201-399 Ekor3 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekorbertambah 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina
Zakat Emas dan Perak

Emas dan Perak adalah jenis galian yang diwajibkan zakat. Ini kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Kadar/Kiraan :
Nisab Zakat Emas yang dipakai = 200gm
Nisab Zakat Emas yang tidak dipakai = 85gm

Zakat Pertanian

Zakat yang dikenakan keatas makanan asasi yang mengenyangkan keatas sesebuah negeri yang telah cukup 363 gantang / 1300 Kg padi, gamdum, biji-bijian dan sebagainya.

Kadar/Kiraan:

Kaedah 1 : Biji-bijian dan buah-buahan yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang dan jentera atau menggunakan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakat nya ialah 10% atau 1/10.

Kaedah 2 : Bijian atau buah-buahan yang hanya bergantung pada air hujan, maka kadar zakatnya hanya 5% atau 1/20.

Kaedah 3 : Bijian atau buah-buahan yang bergantung kedua-dua kaedah diatas maka zakatnya 7%.

Zakat: Bersihkan Diri dengan Rukun Islam ke-4

Assalamualaikum.

ZAKAT - bilamana  mendengar perkataan zakat, barangkali ramai yang beranggapan zakat itu menyusahkan walaupun ia adalah perintah dari Allah SWT. yang mana berkali-kali ditekankan didalam Al-Quran, bahkan seringkali digandingkan dengan solat, sekaligus menggambarkan betapa pentingnya ibadah zakat dikalangan umat islam.

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah berserta orang-orang yang ruku'."
[Al-Baqarah : 43]


Terdapat beberapa pengertian zakat dari segi bahasa:


  • Thoharoh [membersihkan/mensucikan]




Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu, menjadi ketenteraman bagi jiwa mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [At-Taubah : 103]

Diperlihatkan dari ayat tersebut Allah akan membersihkan dan mensucikan bukan sahaja pada harta orang yang menunaikan zakat bahkan pada jiwa mereka juga.

  • Namaa' [tumbuh/berkembang]

Orang yang selalu membayar zakat, InsyaAllah hartanya akan selalu terus tumbuh dan berkembang, dan ini disebabkan oleh kesucian harta mereka kerana menunaikan zakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan sesuatu riba' (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba' itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)." [Ar-Rum : 39]

  • Barakah [berkat]

Allah akan melimpahkan keberkatan harta orang yang membayar zakat, yang mana keberkatan ini dapat diperlihatkan atas keberkatan hidup seseorang muslim itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya." [Saba' : 39]

Manakala zakat menurut istilah syara':

  • Pendapat Ibn Taimiyyah
"Memberikan bahagian tertentu dari harta yang berkembang jika sudah sampai nisab untuk keperluan tertentu."

  • Pendapat Syeikh Abdullah Al-Bassam
"Hak wajib dari harta tertentu, untuk golongan tertentu pada waktu tertentu."

Inilah yang dimaksudkan dengan zakat, namun begitu di dalam Al-Quran telah menyebutkan beberapa ungkapan lain seperti sedekah, infaq dan al-'afwu. Walau apa ungkapan atau sebutan yang kita fahami, berzakatlah supaya kehidupan kita diiringan keberkatan kerana dengan berzakat kita dapat membantu dan membahagiakan orang lain.